Tuesday, January 3, 2012

Hari 1


“Step By Step”

Assalamualaikum w.b.t…
Salam sayang buat semua pengunjung. Terima kasih kerana sudi bertandang. Saya tahu ramai dikalangan kita yang hidup dalam keadaan tertekan dengan keadaan rumah yang kurang terurus terutama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, mempunyai keluarga anak-anak dan suami untuk dilayan dan urusan rumah tangga tetap menjadi tanggungjawab kita. Kami disini akan cuba membantu anda. Sebelum itu, diharap anda semua faham bahawa, rumah dan kehidupan anda tidak akan dapat diatur dalam masa semalaman dan bukan juga untuk bersihkan dalam masa sehari. Kami akan membantu anda bagaimana melaksanakan segala rutin harian selangkah demi selangkah tanpa anda merasa terbeban dengan rutin tersebut sehingga anda dapat mengawal rumah dan kehidupan anda dengan baik. Kami percaya, Sistem ini boleh dilakukan oleh semua orang samada anda bekerja diluar rumah, bekerja di rumah (SOHO), mempunyai anak-anak, pesara, bujang dan sebagainya, Insya’Allah.

Kami percaya anda boleh melakukannya. Diharap anda dapat mengikuti proses ini  dengan sabar. Apa yang kami cuba lakukan adalah untuk menbuang perasaan-perasaan negative dalam diri anda dan menggantikan dengan semangat dan perasaan positif dalam meraikan setiap kejayaan-kejayaan melakukan perubahan yang anda usahakan. Langkah utama yang perlu ada lakukan pada hari pertama ini adalah: “Sila sinari sinki anda dengan bersih”. Lakukannya sekarang. Ini adalah langkah pertama yang akan mengubah keseluruhan hidup anda. Kuatkan semangat.

 

Setelah selesai lakukan langkah ini. Anda perlu pastikan sinki anda sentiasa dikeringkan dan bersinar setiap kali selepas menggunakannya. Pastikan sinki anda bersinar sebelum anda masuk tidur. Rutin ini akan membuatkan anda tersenyumm setiap pagi. Sinki yang bersinar ini melambangkan kasih saying anda terhadap keluarga dan diri sendiri. Sistem “Super Lady” kami dirangka agar anda boleh mengekalkan tabiat baik menjadi satu rutin mudah yang akan membantu anda menjalani hidup secara teratur dan otomatik. Yakinlah! Anda boleh melakukannya. JUST DO IT.
Lakukan “SteP By SteP”. Jangan melompat terus dan jangan cuba melakukan semua dalam satu masa. Lakukan langkah seterusnya esok. Anda boleh lakukannya. Percayalah!!

No comments:

Post a Comment