Tuesday, January 3, 2012

Hari 2


Hari ini anda perlu bersiap diri segak dari hujung rambut ke kaki apabila anda bangun pagi ini. Ini bermakna, anda perlu bersiap rambut dan wajah anda juga. Dalam masa kita mahu merubah diri untuk menjadi lebih baik, kita perlu sentiasa mengingati diri akan apa yang perlu dilakukan. Saya buat dengan meletakkan nota pelekat kuning kecil (yellow sticky notes) diseluruh rumah agar saya sentiasa diingati sepanjang hari. Ini adalah langkah permulaan untuk saya memulakan manual kerja rumah saya. Saya ada nota kecil di cermin bilik air yang akan mengingatkan saya untuk bersiap setiap pagi.


Jangan lupa untuk membersihkan sinki sehingga bersinar setiap kali sebelum masuk tidur.

No comments:

Post a Comment